Pengurusan Agihan Zakat Pendidikan: Kajian di Zakat Pulau Pinang (ZPP)статья из журнала
Аннотация: Zakat is a mechanism of worship to help those in need. In education sector, among the issues faced by the asnaf is that there are still many students who are belong to fakir and miskin group. At the same time, the number of those who are left out from receiving zakat assistance are still happening. In addition, the lack of effective asnaf data recording has becoming the problem in the distribution of aid. Based on these problems, the purpose of this study aims to identify the definition of asnaf who are eligible to receive zakat education aid as well as the form of aid offered by ZPP as zakat institution in distributing zakat education fund to asnaf each year. Furthermore, this study also discusses the steps taken by the ZPP in carrying out the obligation to distribute education’s zakat funds to the asnaf in a fair and transparent manner. The data was analyzed using a qualitative research methodology that collects data through library research and field research using unstructured interview methods. The finding shows that the distribution of zakat education aid was among the largest distributions in the ZPP. There are two forms of education zakat aid distributed by ZPP, which is distribution to institutions and individuals. In order to realize that aspiration, ZPP has made various transformation and diversification in the distribution of zakat education aid such as the use of website, the establishment of asnaf track squad and joint venture programs with other agencies, especially for fields which is required by Muslims such as engineering and accounting. The improvement on this distribution system is important to ensure the role of zakat in education is achieved in line with the objective of zakat ordainment to the Muslims.
Abstrak
Zakat merupakan satu mekanisma ibadah bagi membantu golongan yang memerlukan. Menerusi bidang pendidikan, antara isu yang dihadapi oleh golongan asnaf adalah masih ramai pelajar yang tergolong dalam kalangan fakir dan miskin. Pada masa yang sama jumlah mereka yang masih tercicir daripada menerima bantuan zakat juga tetap berlaku. Selain itu, perekodan data golongan asnaf yang kurang efisien juga menjadi antara masalah yang dihadapi dalam penyaluran bantuan. Berdasarkan permasalahan tersebut, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pendefinisian asnaf yang layak untuk menerima zakat pendidikan serta bentuk-betuk bantuan yang ditawarkan oleh Zakat Pulau Pinang (ZPP) selaku institusi zakat dalam mengagihkan dana zakat pendidikan kepada golongan asnaf setiap tahun. Kajian ini turut membincangkan langkah-langkah yang dilakukan oleh ZPP dalam menjalankan kewajipan mengagihkan dana zakat pendidikan kepada golongan asnaf secara adil dan telus. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif dengan mengumpulkan data melalui kajian kepustakaan dan kajian lapangan yang menggunakan kaedah temubual tidak berstruktur. Hasil kajian mendapati agihan zakat pendidikan merupakan antara agihan terbesar di ZPP. Terdapat dua bentuk agihan zakat pendidikan yang dilakukan oleh ZPP iaitu agihan kepada institusi dan individu. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, ZPP telah melakukan pelbagai transformasi dan kepelbagaian dalam agihan zakat pendidikan antaranya seperti penggunaan laman sesawang, penubuhan skuad jejak asnaf dan program usahasama bersama agensi lain terutama bagi bidang yang diperlukan oleh umat Islam seperti kejuruteraan dan perakaunan. Penambahbaikan dalam sistem agihan ini adalah penting bagi memastikan peranan zakat pendidikan tercapai selari dengan objektif pensyariatan zakat kepada umat Islam.
Год издания: 2019
Авторы: Mohamad Zaki, Azman Ab Rahman
Источник: Journal of Fatwa Management and Research
Ключевые слова: Education and Islamic Studies, Islamic Finance and Banking Studies, Global Socioeconomic and Political Dynamics
Открытый доступ: bronze
Страницы: 141–184