Perubahan politik dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14, 2018 di Malaysiaстатья из журнала
Аннотация: Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, 2018 telah berlangsung pada 9 Mei 2018 dengan aman dan tenang namun penuh ‘dramatik’. Keputusan politik rakyat Malaysia tersebut menunjukkan bahawa buat pertama kali dalam sejarah politik pilihan raya di negara ini bahawa berlakunya perubahan politik iaitu Barisan Nasional (BN) telah tewas kepada pakatan pembangkang yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau dengan gelaran Pakatan Harapan (PH) dan Parti Warisan Sabah dengan 122 kerusi Parlimen, 79 kerusi Parlimen dimenangi BN serta PAS yang bertanding bersendirian hanya mendapat 18 kerusi Parlimen. Keputusan PRU 2018 yang dilihat ‘luar biasa’ ini menunjukkan bahawa wujudnya satu ‘gelombang’ atau kebangkitan rakyat/pengundi yang dilihat sebagai ‘silent voters’ telah meranapkan penguasaan BN terhadap Kerajaan Malaysia sejak 63 tahun yang lalu. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis perubahan politik dalam PRU 2018. Metod yang digunakan dalam penulisan artikel ini adalah rujukan data primer iaitu keputusan PRU 2018 manakala rujukan data sekunder adalah daripada sumber bercetak dan juga maklumat atas talian untuk mengukuhkan analisis mendalam bagi penulisan artikel ini. Dapatan dan perbincangan kajian menunjukkan bahawa tekad untuk jatuhkan BN, faktor ekonomi/beban/kos sara hidup rakyat, kerosakan imej atau personaliti/peribadi pemimpin dan parti, kesepaduan Pakatan Harapan, peranan media sosial, pengaruh Tun Dr. Mahathir, pengaruh 1.4 juta pengundi baru/muda dan perang persepsi telah berjaya membentuk satu gelombang yang akhirnya telah menumbangkan BN dalam PRU 2018. Justeru keputusan PRU tersebut menunjukkan bahawa ilmu politik bersifat dinamik dan berseni serta tiada yang mustahil dalam sesuatu proses politik. Kata kunci: ekonomi, gelombang, parlimen, pemimpin, perubahan politik, pilihan raya umum The 14th General Election, 2018, took place on May 9, 2018 in a peaceful and calm but ‘dramatic’ way. The Malaysian political decision shows that for the first time in the country’s electoral political history political change the Barisan Nasional (BN) has lost its way to the opposition coalition using the Parti Keadilan Rakyat (PKR) logo or the Pakatan Harapan (PH) and the Parti Warisan Sabah with 122 parliamentary seats, 79 parliamentary seats won by the BN and PAS stand-alone won only 18 parliamentary seats. The ‘extraordinary’ 2018 general election results show that the existence of a ‘wave’ or voter turnout that has been seen as ‘silent voters’ has undermined BN’s control over the Malaysian Government for the past 63 years. Thus, the purpose of this article is to analyze the political changes in the 2018 General Election. The methods used in the writing of this article are the primary data reference of the 2018 General Elections while the secondary data references are from printed sources as well as online information to strengthen the in-depth analysis of this article. The findings and discussion of the study show that the determination to bring down the BN, economic factors/burdens/cost of living of the people, image or personality/personal damage of leaders and parties, Pakatan Harapan unity, social media role, influence of Tun Dr. Mahathir, the influx of 1.4 million new/young voters and the war of perception, has created a wave that eventually toppled BN in the 2018 general election. Thus the general election results show that political science is dynamic and artistic and that nothing is impossible in a political process. Keywords: economy, wave, parliament, leaders, political change, general election
Год издания: 2019
Авторы: Junaidi Awang Besar
Издательство: National University of Malaysia
Источник: Malaysian Journal of Society and Space
Ключевые слова: Education and Islamic Studies, Linguistic, Cultural, and Literary Studies, Islamic Finance and Banking Studies
Другие ссылки: Malaysian Journal of Society and Space (PDF)
Malaysian Journal of Society and Space (HTML)
UKM Journal Article Repository (Universiti Kebangsaan Malaysia) (HTML)
Malaysian Journal of Society and Space (HTML)
UKM Journal Article Repository (Universiti Kebangsaan Malaysia) (HTML)
Открытый доступ: bronze
Том: 15
Выпуск: 4